SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU
06910 YAN,
KEDAH DARUL AMAN

Telefon:04-7691759
Email :smksglimau@ppdkmy.gmail.com

SEJARAH SEKOLAH

Sungai Limau (SMKSL) telah memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 1982. Sekolah ini mendapat
namanya sempena nama tempat sekolah ini dibuka iaitu Kampung Sungai Limau. Sekolah ini berada dalam
Daerah Yan dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan. Mempunyai
keluasan 21 ekar dan terletak di tanah lot bernombor PT. 1/1981, dengan nombor geran HS (D) 9/1981.
Jarak dari Pekan Yan ialah 13 kilometer 32  kilometer   dari Bandaraya     Alor Setar dan 43 kilometer dari
Sungai Petani. Pada awal penubuhannya, sekolah ini diletakkan dalam kategori sekolah menengah gred B.

Semasa dibuka, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan yang mengandungi 12 buah  kelas, pejabat
pentadbiran dan perpustakaan. Jumlah pelajar   pada tahun  tersebut  seramai 459 orang  dan jumlah guru
seramai 19 orang. Pada tahun tersebut , sesi   persekolahan  hanya di  sebelah pagi  sahaja.  Semua pelajar
sekolah ini datang dari kampung-kampung yang   berada di sekitar sekolah seperti  Kampung  Sungai  Limau
Dalam, Kampung Sungai Daun, Kampung Selengkoh, Kampung Sungai Dedap, Kampung  Bahagia, Kampung
Sedaka dan beberapa kampong lain yang berhampiran. Sebelum sekolah dibuka, pelajar-pelajar dari kampung-
kampung tersebut, belajar di SMK Yan dan SMK Guar Chempedak.

Pengetua pertama yang berkhidmat dan membuka sekolah ini ialah En.Abd. Razak Bin Hashim yang berkhidmat
selama 4 tahun. Tahun demi tahun kepimpinan pengetua sekolah inibersilih ganti dan sehingga 2009. 12 orang
pengetua telah mencurahkan khidmat bakti mereka di sekolah ini. Senarai pengetua yang pernah berkhidmat di
sekolah ini adalah seperti berikut :-

BIL
NAMA PENGETUA
TAHUN
1
Abdul Razak Bin Hashim
1.1.1982 – 31.1.1986
2
Abdul Mutalib Bin Hashim
1.2.1986 – 30.9.1986
3
Mahadzir Bin Long
1.10.1986 –15.10.1989
4
Abd. Rahim Bin Ahmad
1.10.1989 – 15. 1.1992
5
Mansor Bin Ibrahim
16.1.1992 – 31.1.1995
6
Tajul Urus Bin Mat Zain
1.2.1995 – 31.8.1996
7
Nayan Bin Bakar
1.9.1996 – 15.5.1997
8
Nordin Bin Mansor
16.5.1997 – 15.3.2003
9
Che Su Binti Ahmad
16.3.2003 – 30.9.2005
10
Nasrudin Bin Ab. Rahman
1.10.2005 – 1.11.2008
11
Rasidah Binti Ismail
1.12.2008 – 30.9.2009
12
Hj.Zarawi Bin Hj Dogol
1.10.2009 - sekarang

Pada tahun 1983 hingga 1987, jumlah pelajar SMK. Sungai Limau meningkat dengan begitu drastik. Pada tahun
1983 terdapat 713 oang pelajar dengan 33 orang guru, tahun 1984; 885 orang pelajar dengan 38 orang guru,
1985; 901 orang pelajar dengan 39 orang guru. Komposisi pelajarnya  bukan sahaja   di kalangan pelajar melayu,
tetapi juga terdapat sebilangan kecil pelajar cina yang  belajar di  sekolah ini..   Kelas peralihan diwujudkan untuk
menampung   keperluan  pelajar cina  tersebut.  Keadaan   ini   memaksa pengurusan sekolah mengadakan sesi
persekolahan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Namun begitu, mulai tahun 1988 bilangan pelajar semakin berkurangan kerana   2 buah sekolah menengah baru
telah dibuka di kawasan berdekatan, iaitu SMK Dulang dan SMK Batu 17. Pada tahun tersebut bilangan pelajarnya
telah berkurang kepada 789 orang dengan guru seramai 37 orang. Pada tahun 1989, 697 orang pelajar dan guru
37 orang, 1990; 623 orang pelajar dan guru 38 orang. Pada 1991, sebuah bangunan  baru telah didirikan, tetapi
bilangan pelajar berkurang kepada 580 orang dengan  jumlah guru seramai 40   orang. Keadaan ini menyebabkan
pengurusan sekolah mengubah sesi persekolahan kepada satu sesi sahaja.
SMK Sungai Limau hanya menawarkan pengajian aliran sastera bagi pendidikan menengah atas. Namun  demi me-
menuhi hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar aliran sains, pengurusan sekolah telah menawarkan
aliran sains pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 4. Pada tahun 2003,   pengurusan sekolah mengambil satu
langkah proaktif dengan membuka kelas tingkatan 6 (Pra - U).  Langkah ini amat sesuai     dengan   pengiktirafan
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah menaikkan taraf sekolah ini menjadi gred A pada tahun 2002. Mac 2009, SMK.
Sungai Limau telah mempunyai pelajar seramai 1045 orang yang belajar di tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas.
Penambahan jumlah pelajar ini telah menjadikan bilangan kelas juga turut bertambah kepada 30 kelas. Bilangan
pelajar dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang. Berdasarkan pelunjuran, bilangan pelajar dijangka
meningkat dan peningkatan ini berlaku seperti jadual di bawah:-
Tahun
Bilangan pelajar
2008
1276
2009
1432
2010
1586
2011
1741

Berkat kepimpinan pengetua-pengetua yang proaktif dan berwawasan, sejak tahun 2000 hingga kini, SMK
Sungai Limau telah mencapai beberapa kejayaan dan mencipta nama sebaris dengan sekolah-sekolah primier
lain khususnya dalam bidang ko-kurikulum. Ramai pelajar-pelajarnya telah dipilih mewakili daerah, negeri dan
kebangsaan terutama dalam acara Seni Silat Olahraga, Sepak Takraw,Bola Baling, Bola Tampar dan Memanah.